Nov 12, 2012

KOSONG

jika berminat untuk menulis di SeLUT PRESS, inilah syarat-syaratnya.

-sekitar 40,000-60,000 patah perkataan.
-tema bebas (termasuklah fiksi genre seperti sai-fai, fantasi, cinta, pulpa dan sebagainya.
-gaya penulisan bukan arus perdana.

Dia, dalam kelam, berteman cahaya lilin hadiah hari lahirnya,
serta haruman FANTASIA cap SG Men kepunyaan kekasihnya,
memerhati patah-patah ayat itu.

ayat itu di-save sbg wallpaper handphonenya.
konon sbg sumber semangat.

tapi dia sendiri tidak pasti akan dirinya.
menurut ayat itu, 'jika berminat'.
tapi adakah benar Dia minat.

Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu.
dari kecil Dia disogok utk berjaya bagi mencapai sekeping kertas.

namun apabila usianya semakin meningkat, Dia bosan.
Dia mahu lakukan sesuatu.
sesuatu yang Dia suka pastinya.

jadi, bermulah kehidupan Dia.
menulis, mencipta cerita, cuba berfantasi ke alamnya.
alam yang Dia adalah segalanya.

dan Dia akan olahkan alam khayalannya utk bacaan umum di blog.
dgn harapan komen membina dapat diterimanya.


                                                                                      11:50/13.11.12

Nov 10, 2012

TERKUNCI

pada zaman dahulu di suatu kerajaan terdapat seorang gadis bernama Supik.
Supik hidup tidaklah bebas seperti mana-mana anak gadis pada zamannya.

setiap gerakannya dikawal. waktu pulang dan keluarnya harus tetap.
kalau tidak, pasti Supik dihukum.

namun kini, hidup Supik semakin terkongkong.
Supik tidak boleh keluar ke mana-mana melainkan ke pondok mengaji.
kemungkinan besar, Supik akan terkunci dalam bilik kecil sehingga enam disember.
bermula daripada lima november.

menjadikannya, sepurnama. ya, sepurnama Supik akan terkunci.



                                                                                        11.09/11.11.12

Nov 9, 2012

MIA, SI PUTERI SEPARUH.

Mia, Si Puteri Separuh.
dia sering tertanya mengapa anggota tubuhnya tiada yang lengkap.

sama ada yang dapat dilihat dari segi fizikalnya,
atau hingga ke ruang organnya,
terus ke segala urat sendi yang dia ada.
satu pun tiada yang lengkap. TIADA.
*tanda seru tidak diletakkan supaya pembaca tidak  menjerit dlm hati. takut hati terkejut lalu merajuk*

pernah dia bertanyakan mengapa dia jadi begini.
dia tanya kepada ibu bapanya.
ibu dan bapanya hanya mempunyai satu tubuh satu saja.
lagak mereka seperti kembar siam.

walaupun sebenarnya mereka bukanlah penduduk Siam.

cuma yang membezakan mereka daripada kembar siam ialah satu.
ya, SATU.

mereka cuma punya satu tubuh. satu fizikal. satu organ. satu urat sendi.

berbalik kepada soalan Mia tadi, bapanya menjawab CINTA.

menggaru kepala si Mia. dia tidak mengerti.
sedikit geli mendengar bapanya bicara tentang cinta. apa dia tau?? dia org tua.

bapanya lalu menerangkan.
"separuh fizikal. separuh organ. separuh urat sendi ini adalah supaya kamu akan menemui Jejaka yg dapat menyempurnakan kamu. kamu dan dia akan saling melengkapi antara satu sama lain."

dua baris ayat saja, telah meleraikan duapuluh tahun kekusutan hati Mia.
hilang segala kusut.

dan mulai hari itu, bermulalah penantian Mia, Si Puteri Separuh.
supaya dapat dia menjadi Mia, Si Permaisuri Penuh.



                                                                                               12:41/10.11.12


Nov 5, 2012

SI PUTERI SALJU

dalam dunia khayalan, akulah Si Puteri Salju yang mempunyai kuasa api.

maka aku boleh menggunakan kuasa aku utk membakar sesiapa sahaja.
kerana aku seorang Puteri Salju.
atau lebih tepat lagi. hati aku beku.

aku juga akan menjadi popular dalam sekelip mata.
kerana pastinya aku akan dijemput ke setiap BBQ party.
yaaa. dgn kuasa aku, aku mampu membakar apa saja.

aku akan membuat ayam bakar. hot dog bakar. daging bakar. roti bakar.
tapi tidak, aku tak akan mampu membuat Encik Bakar.
kerana sebelum aku membakar Encik Bakar, mungkin dia akan terlebih dahulu membakar aku.

selain kebolehan aku membakar pelbagai benda,
aku juga akan tergolong dalam golongan HOTSTUFF.

walaupun aku Puteri Salju, jangan dilupa, aku mempunyai kuasa api.
*angkat-angkat kening*

                          
                                                                                                21:24/5.11.12

Nov 1, 2012

INDAH.

aku rindu ketika usiaku baru tujuh , lapan. dan sembilan tahun.
waktu dimana aku tidak belajar bersungguh-sungguh namun masih mampu berjaya.

tidaklah aku kata aku bijak sehingga menjadi kebanggaan semua.
tapi tidak juga aku jatuh terjelepuk begini.

mungkin akan ada yg berpendapat tahap pembelajaran ketika itu mudah.
sebenarnya pada usia itu, itu sudah kira susah.
tapi tidak pula perlu aku bersengkang mata hingga jam tiga bagi menelaah pelajaran.
tidak aku meniru dgn nota-nota kecil.
tidak berusaha separuh mati demi ujian dua jam.

kini aku berasakan aku berjaya lalui semua halangan itu krn kejujuran.
ya. dalam usia itu pada tahun duaribudua, tidak byk pendedahan teknologi.
otak masih segar, fikiran masih ceria.
segalanya  bersih.
mungkin itu jawapan kpd segala kejayaan.

duaribuduabelas, aku digertak dugaan dunia.
dgn kosong otak, kosong hati.
alangkah indahnya andai dapat aku kembali kpd zaman naif.
tiada masalah.
peperiksaan bukan suatu masalah.
segala perlakuan menurut gerak hati.

                                                                            10:13/1.11.12

Sep 30, 2012

TEKANAN.

otak aku sudah beku.
jari sudah pasti kaku.
aku hanya duduk berteleku.

tidak korang sebulan, cabaran dunia akan menghentak aku.
kalau aku terus begini, baik saja pergi mati.

11 tahun ilmu akan dipersoalkan, bagi mendapat sekeping kertas.
kertas yg akan memperletak darjat aku dimata manusia.

persetan itu pandangan.
kecewakan ibu bapaku bukan lah suatu pilihan.


                                                                                      21:37/30.9.12

May 29, 2012

JALAN HOSE.

#now playing wani ardy-orang kecil

Pagi-pagi kalau tenang begini seringkali fikiran aku melayang ke Jalan Hose.
Ya Jalan Hose.
Sebuah rumah kayu tinggalan British di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dari pintu hadapan rumahnya kau akan dapat lihat KLCC dan jika kau memandang ke belakang, kau akan dapat lihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awesome-kan! Suasana yang betul-betul kampung, tapi masih di bandar!

Ada ruangan yg memisahkan ruang utama dgn bilik pembantu rumah.
Susah utk diterangkan. Tapi andai kaki sudah menapak, mata pasti terpaku.

Photographer!
Ya itu pertama kalinya aku lihat photographer memanfaatkan sebaik-baiknya penggunaan DSLR mereka.

Tapi selagi tiada panggilan kerja, adalah mustahil utk aku kembali ke sana.
Maka seluruh pujian ini, aku paksikan kpd Jalan Hose.






                                                                                   10:16 a.m/29.5.12

Mar 26, 2012

PERGI.

pergi.
jangan baca blog aku lagi...
ini tempat aku canang perasaan...
aku kurang bercerita mengenai masalah aku dgn org...

bukan sbb aku takut...
tapi sebab aku tak kuat...

tak ada apa yg menarik pada aku atau blog ini...

tak kira apa pon pandangan org dekat aku...
tapi hakikatnya aku mmg total loser...
aku sgt lemah...

kalau nak unfollow sekalipun, buat la...
aku pon tak pasti kenapa air mata berderai saat msg itu diterima....

*tolongbunuhrasasakitini!*


                                                                                               14:19/27 MARCH 12

Mar 13, 2012

BUNOHAN.

mungkin sudah beberapa hari filem ini menjengah wayang...
tapi sbb aku pon baru sempat tgk hari ini...so aku nak buat reveiw sikit la...

BUNOHAN adalah sebuah kampung yg mana berasalnya 3 org adik beradik iaitu
ADIL (ZAHIRIL ADZIM) , ILHAM (FAIZAL HUSSIEN) , dan BAKAR (PEKIN IBRAHIM) .

yg dimana ADIL seorang peninju hebat atau lebih dikenali sbg BUNGA LALANG di gelanggang tinju...
dan ILHAM yg bekerja sbg pembunuh upahan disuruh utk membunuh adiknya sendiri tanpa mengetahui hubungan sebenar mereka pada awalnya...dan BAKAR yg terlalu mengejar kebendaan sehingga sanggup memusnahkan keluarganya sendiri...

tetapi setelah ADIL dan ILHAM mengetahui hubungan mereka yg sebenar...
adakah semuanya akan berubah???
adakah BAKAR akan menerima ADIL selepas 5 tahun mereka tidak bersua??
adakah BAKAR, ADIL, dan ILHAM akan bersatu nak merasai nikmat berkeluarga??

filem ini membuat aku berfikir sepanjang 2 jam ia dimainkan...
personally...aku agak take time utk memahami jalan ceritanya...
sbb ini bkn la cerita lawakjenaka...
ini filem yg sgt memuaskan bagi aku...so...tak siasia la aku tunggu lamalama...

jadi kpd sesiapa yg belum berpeluang utk menonton filem...cepatcepat la tontonnya...
atau anda akan menyesal seumur hidup...wahahaha...



                                                                                        22:48/13.3.12

Mar 7, 2012

PELIKPELIKJEPELIK.

"aku pon pelik kenapa apek pelik...kau tak pelik ke dia pelik sebab kita pelik??

jangan kwn dgn aku lamalama...kalau tak kau jadi mcm cie...
kena menghadap benda pelikpelik nih...wahahaha...padan muka...

selamat bulan tiga!


                                                                        22:44/7.3.12

Feb 3, 2012

NURUL ASYIKIN.

27 JANUARI 2012.
aku berkeras hati memaksa ayah membawa aku pergi ke pekan frinjan.
dan kedegilan aku berbaloi kerana dia kini selamat berada dalam genggaman kecilku. :D



NURUL ASYIKIN merupakan karya sulung ALOY PARADOKS.
aku merasakan bahawa cerita ini berkisarkan pengalaman hidup aloy sendiri...
tapi aku tak tahu lah...aku agak jea...

jujur...cerita ini sangat menarik...jadi kalau korang seorang penggemar bahan bacaan yg lebih fresh...
pastikan NURUL ASYIKIN berada dalam genggaman comel anda!

atau apa yg akan korang katakan pada anakcucu korang nanti...fikirkan... ;D



                                                               13.10/4.2.12