Dec 30, 2013

AKHIR

aku terima andai ini yang terakhir.
aku redha untuk semuanya berakhir.
agar tiada lagi yang hadir.
membuat aku rasa terpinggir.


                                                                                                            22.35/30.12.13

Dec 10, 2013

GAGAL

kau diam sebentar.
dan kau kenang segala yang telah kau lewati dalam hidup.
cuba kau tanya hati.
apa salah aku pada kau.
gagalkah aku menjadi yang terbaik?

maka nyatakan khilaf ku.
aku cuma manusia Tuhan yang sepertinya kau.
tidaknya dikurniakan irhas membukti berbedanya aku dari kau.
menunjuk aku punya kelebihan lain.

tidak sayang. tidak.
lebihnya aku, hanya pada usaha.
mungkin itu buat aku berjaya sedikit.

selebihnya , hanyalah kuasa Dia.

mohon sayang.
aku benar pohon.
luruskan jalan andainya aku menyimpang.
tetapkan hati andai berlaku riak.
AKU CUMA MANUSIA.


                                                                                             21:05/10.12.13

Oct 20, 2013

KETEMU.

sepuluh hari.
selepas aku mencaci mengkeji.

Tuhan mentakdirkan dia.
datangnya untuk aku.

wujudnya dia bersama aku.
aku pohon cuma satu, jangan pernah mainkan aku.

jangan kepingin dustakan aku.

lepas aku, andainya perlu.


                                                                                               5.18/20.10.13

Sep 14, 2013

BABI (ini perasan)



Akhirnnya. Berakhir.
Suatu persoalan yang lama tergantung.

Suatu hubungan yang aku ragu ikatannya.
Ini pilihan kau.
Apa daya aku menolak.
Kau mau buang aku jauh dari Nyawa. Nafas.  Jasad. Rongga. Darah. Pundi. Otak. Urat. Penis. Testis. Nafsu kau yang satu! Buang!

Aku tidak daya lagi meminta!
Menjadi yang terhina!
Menjilat ludah yang aku buangcaci berkali-kali!
Tidak larat menjadi Si Anjing Kurap menjilat perit! Mengusap manja!
Mengharap kau sedar AKU BUKAN SIALAN!
Teruslah kau hidup tanpa aku. Haraplah tuhan ada untukmu.
Karna aku tidak secekal DIA.
Maafkan aku Tuhan, karna gagal menjadi hamba yang baik.
Gagal menjadi hamba yang penyabar.
Tapi mohon aku dikurniakan sedikit sifat mulia, untuk aku berubah sikap.

                                                                                                     22:33/14.9.13

Aug 16, 2013

BEZA.

aku antara berjuta manusia yang hidupnya tidak dikesan.
baiknya tidak diendah.
jahatnya selalu tersemat.

aku percaya bukan cumanya aku yang sebegitu.
aku tahu ramai lagi diluar yang punya perasaan sebegitu.

dan ada yang sentiasa menyangkal aku punya fikiran negatif.
jangan berdusta!
kau juga sama.

semuanya kita punya satu persepsi negatif.
kerapnya saja yang membezakan kita.

yang mampu aku kata, BIARKAN.
semua kita juga punya pandangan berbeza.
cuba terima dan dengarkan mereka.


                                                                                       
                                                                           21.52/16.8.13

Jul 27, 2013

KEMBALI


jari tidak lagi mampu menahan. pada aksara yang tersusun kemas. seakan memanggil-manggil aku. menggerak otak yang sudah lama membeku. pada semuanya yang telah terkaku. harus dicairpantaskan geraknya.


lima purnama bukan suatu detik singkat. kalau bayi, sudah banyak geraknya, kalau ke sekolah, sudah ujian pertengahannya. kalau ke kolej, sudah tamat semesternya. kalau berkahwin, makin erat kasihnya. kalau mengandung, sudah sarat kandungannya. kalau meninggal, sudah dapat diterima hakikatnya. MUNGKIN.


dalam detik lima purnama yang berlaku pelbagai kisah, aku hilang menyepi. sibuk kehidupan, adalah alasan ciptaan sendiri. maka, tiada alasan kukuh diatas kehilangan aku.


bukan aku tidak rindu melihat jari-jari menari. cuma otak. terlalu aku manjakan dia. hingga suatu masa, tiada toleransi. dia seakan mau aku lupa pada kesukaan ku.


aku ini tiada apa. cuma tulisan pembawa diri. walau tidak siapa kenali. suatu saat pastikan terbukti.
masih perlahan gerak aku ini. tapi insyaAllah, akan aku bangkitkan semangat sendiri.


                                                                                        
                                                                                                            14.37/28.7.13