Kebudayaan/Cultute /Culturare/Colore
segala daya dan kegiatan manusia untuk mengolah tanah dan bertani
kau dan aku yang ini tidak sama antara kau dan aku
kita makan
tapi caranya berbeza, makananya berbeza, cara bikin juga lain
tapi kenapa bila kaedah asal pembikinannya dianggap tidak maju, mundur dan kolot
sedangkan kau dan aku sedar ini tidak sama antara kita
mereka dirampasnya cara aku dan dicampaknya cara kau untuk aku dan kami ikuti
sedangkan kau dan aku sedar ini tidak sama antara kita
kebudayaan adalah berbeza kerana tanah kita diami berbeza, agama kita anuti berbeza, alam yang kita percaya juga berbeza
tapi mengapa budaya aku adalah salah bagi kau,
sedangkan kau dan aku sedar ini tidak sama antara kita...
1508/100420
KJ