Sep 30, 2012

TEKANAN.

otak aku sudah beku.
jari sudah pasti kaku.
aku hanya duduk berteleku.

tidak korang sebulan, cabaran dunia akan menghentak aku.
kalau aku terus begini, baik saja pergi mati.

11 tahun ilmu akan dipersoalkan, bagi mendapat sekeping kertas.
kertas yg akan memperletak darjat aku dimata manusia.

persetan itu pandangan.
kecewakan ibu bapaku bukan lah suatu pilihan.


                                                                                      21:37/30.9.12

May 29, 2012

JALAN HOSE.

#now playing wani ardy-orang kecil

Pagi-pagi kalau tenang begini seringkali fikiran aku melayang ke Jalan Hose.
Ya Jalan Hose.
Sebuah rumah kayu tinggalan British di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dari pintu hadapan rumahnya kau akan dapat lihat KLCC dan jika kau memandang ke belakang, kau akan dapat lihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awesome-kan! Suasana yang betul-betul kampung, tapi masih di bandar!

Ada ruangan yg memisahkan ruang utama dgn bilik pembantu rumah.
Susah utk diterangkan. Tapi andai kaki sudah menapak, mata pasti terpaku.

Photographer!
Ya itu pertama kalinya aku lihat photographer memanfaatkan sebaik-baiknya penggunaan DSLR mereka.

Tapi selagi tiada panggilan kerja, adalah mustahil utk aku kembali ke sana.
Maka seluruh pujian ini, aku paksikan kpd Jalan Hose.






                                                                                   10:16 a.m/29.5.12

Mar 26, 2012

PERGI.

pergi.
jangan baca blog aku lagi...
ini tempat aku canang perasaan...
aku kurang bercerita mengenai masalah aku dgn org...

bukan sbb aku takut...
tapi sebab aku tak kuat...

tak ada apa yg menarik pada aku atau blog ini...

tak kira apa pon pandangan org dekat aku...
tapi hakikatnya aku mmg total loser...
aku sgt lemah...

kalau nak unfollow sekalipun, buat la...
aku pon tak pasti kenapa air mata berderai saat msg itu diterima....

*tolongbunuhrasasakitini!*


                                                                                               14:19/27 MARCH 12

Mar 13, 2012

BUNOHAN.

mungkin sudah beberapa hari filem ini menjengah wayang...
tapi sbb aku pon baru sempat tgk hari ini...so aku nak buat reveiw sikit la...

BUNOHAN adalah sebuah kampung yg mana berasalnya 3 org adik beradik iaitu
ADIL (ZAHIRIL ADZIM) , ILHAM (FAIZAL HUSSIEN) , dan BAKAR (PEKIN IBRAHIM) .

yg dimana ADIL seorang peninju hebat atau lebih dikenali sbg BUNGA LALANG di gelanggang tinju...
dan ILHAM yg bekerja sbg pembunuh upahan disuruh utk membunuh adiknya sendiri tanpa mengetahui hubungan sebenar mereka pada awalnya...dan BAKAR yg terlalu mengejar kebendaan sehingga sanggup memusnahkan keluarganya sendiri...

tetapi setelah ADIL dan ILHAM mengetahui hubungan mereka yg sebenar...
adakah semuanya akan berubah???
adakah BAKAR akan menerima ADIL selepas 5 tahun mereka tidak bersua??
adakah BAKAR, ADIL, dan ILHAM akan bersatu nak merasai nikmat berkeluarga??

filem ini membuat aku berfikir sepanjang 2 jam ia dimainkan...
personally...aku agak take time utk memahami jalan ceritanya...
sbb ini bkn la cerita lawakjenaka...
ini filem yg sgt memuaskan bagi aku...so...tak siasia la aku tunggu lamalama...

jadi kpd sesiapa yg belum berpeluang utk menonton filem...cepatcepat la tontonnya...
atau anda akan menyesal seumur hidup...wahahaha...



                                                                                        22:48/13.3.12

Mar 7, 2012

PELIKPELIKJEPELIK.

"aku pon pelik kenapa apek pelik...kau tak pelik ke dia pelik sebab kita pelik??

jangan kwn dgn aku lamalama...kalau tak kau jadi mcm cie...
kena menghadap benda pelikpelik nih...wahahaha...padan muka...

selamat bulan tiga!


                                                                        22:44/7.3.12

Feb 3, 2012

NURUL ASYIKIN.

27 JANUARI 2012.
aku berkeras hati memaksa ayah membawa aku pergi ke pekan frinjan.
dan kedegilan aku berbaloi kerana dia kini selamat berada dalam genggaman kecilku. :D



NURUL ASYIKIN merupakan karya sulung ALOY PARADOKS.
aku merasakan bahawa cerita ini berkisarkan pengalaman hidup aloy sendiri...
tapi aku tak tahu lah...aku agak jea...

jujur...cerita ini sangat menarik...jadi kalau korang seorang penggemar bahan bacaan yg lebih fresh...
pastikan NURUL ASYIKIN berada dalam genggaman comel anda!

atau apa yg akan korang katakan pada anakcucu korang nanti...fikirkan... ;D



                                                               13.10/4.2.12

Oct 2, 2011

JALAN PINTAS.

JALAN PINTAS.

Sebuah kisah mengenai,Bakar seorang remaja yg tepaksa bersusah payah
utk memenuhi tanggungjawab dan harapan ibu serta adiknya...
berbekalkan sijil SPM dgn grade yg bagus...
Bakar masih perlu bersusah-payah utk memohon pekerjaan...
hanya kerana dia tidak mengenali
sesiapa yg dpt membawanya ke JALAN PINTAS...

kisah ini dapat kita kaitkan dgn kehidupan seharian kita sebenarnya...
berdasarkan sesi berdiskusi yg berlangsung selama beberapa minit tadi...
Auf Razak,sebagai Bakar,mengaku yg dia juga pernah mengalami situasi begini dlm hidupnya...

but...perjalanan cerita ini sgt menarik...
dia buat aku berfikir lebih mendalam tentang hidup nih...
haihhh   *penulis mengeluh panjang tanpa sbb

aku dah malas nak type nie....
jadi korang tgk la filem ni sendiri...
dan korang sendirilah yg menilainya...

tapi....perlulah korang bekejar ke negeri2 utara...
krn mungkin filem ini akan dimainkan disana dan beberapa lg negeri yg terpilih...
utk maklumat lebih lajut...layari
http://freedomfilmfest.komas.org/

so nanti...kalao aku rajin aku letak gambar aku beronggeng dkt sana kaey... :D


                                                                                                                      23:07/2.10.11