akan ada suatu masa,
kau akan hilang suara,
penat lagi mau bercerita,
sakitnya masih ada,
cuma dibutakan saja.
beban itu,
diletak pada kedua bahu,
dipikul sampai kehulu,
jauh dari semua untuk sementara waktu.
sampai tak tertulis,
sampai tak terkeluar semua kata...
150615/2238
kamar
Jun 15, 2015
Jun 11, 2015
PEMALAS (untuk golongan yang tak sedar diri)
tak da duit, pergilah cari.
bukan duduk goyang kaki,
minta belas pada diri,
merungut dianak tiri,
ditolak tepi,
tapi memang salah sendiri,
ego terlalu tinggi,
buta tuli,
tapi masih mau lagak tuan menteri.
120615/1131AM
duit boleh cari, jadi jangan malas macam babi.

May 24, 2015
FIX YOU
Fix You, Coldplay pada volume paling tinggi supaya yang didengar hanya lagu, bukan sedu tangis sendiri.
Untuk kali keberapa hari itu, rantainya putus lagi. Rantai yang berloket K, dan cincin. Tapi untuk kali pertamanya, dia biarkan rantai itu dilantai, terputus. Bukan dia sengaja putuskan, tapi memang sengaja dia biarkan. Jam yang hampir putus pun kadang sengaja dia tidak sarungkan ditangan. Bukan kerana sudah rosak, walaupun memang jam itu sudah tiada fungsi. Cuma, hatinya yang sudah rosak.
Kau bosan dengan aku punya tingkah,
yang lincah,
tak larat kau melayan.
Kau ego mau mengaku,
tak apa, nanti aku pergi baru kau tau.
Selalu sudah retak berliku,
nanti bila hancur, terus jadi abu.
Semua ada tahapnya,
lagi-lagi aku,
yang cepat mengalah sebelum waktunya.
Dia akhiri dengan waktu 1156AM, dua puluh lima mei dua ribu lima belas. Dia hampir patah. Kalau kau tak segera baikkan rosaknya, yang patah tak kan kembali pada asalnya...

May 11, 2015
TULIS
aku berpuisi,
kerana aku sepi.
aku hanya punya diri sendiri,
untuk aku luahkan segala serbi.
mungkin itu punca aku tidak kemana,
tidak tinggi dimata manusia,
menulis hanya untuk suka suka.
tapi dulu,
waktu mula aku melarikan tangan, mencoret luka,
banyak yang berkatakata,
puisi aku dipersenda.
ayat aku dibuat jenaka,
pernah buku diambil, lantas puisi aku dibaca sekuat kuatnya.
bukan bangga, tapi lebih kepada menghina.
tapi itu tidak apa,
manusia banyak ragamnya,
mungkin itu cara mereka bergembira,
untuk menghibur hati yang luka.
cuma yang peritnya,
yang merampas, membaca, tertawa, menghina,
itu orang yang aku panggil kawan.
jadi jangan hairan,
kalau kau semua aku tidak layankan.
kerna tingkahnya selayak syaitan.
1117PM/110515

Apr 22, 2015
UBAT
apa ubat untuk terasa hati,
rendah diri
sering diketepi,
diletak sama taraf dengan kaki,
dicari untuk kerja kerja kuli,
dilayan macam babi,
dipandang selayak dikeji.
apa ubat bagi kebal,
tak rasa sesal,
menghadap benda benda dajal.
apa ubat bagi hati,
kuat macam besi,
biar rasa mati.
apa ubat tahan maki,
supaya nanti tabah dihina lagi??
2036/220415
rendah diri
sering diketepi,
diletak sama taraf dengan kaki,
dicari untuk kerja kerja kuli,
dilayan macam babi,
dipandang selayak dikeji.
apa ubat bagi kebal,
tak rasa sesal,
menghadap benda benda dajal.
apa ubat bagi hati,
kuat macam besi,
biar rasa mati.
apa ubat tahan maki,
supaya nanti tabah dihina lagi??
2036/220415
Mar 16, 2015
SENI DIKAKI
malam itu aku tidur menangis sedu sedu,
tahan tahan bawah kelambu,
tapi kau apa tau,
asalkan aku ikut telunjukmu.
kau apa peduli,
kalau aku kata itu seni,
sebab itu subjek kau paling benci,
segala serbi kau mau dia pergi.
aku cuma buntu,
kenapa awal awal kau terima aku,
sedangkan kau tau,
setiap sudut hidupku.
mungkin seni aku tidak setinggi
sedarjat dengan kau, golongan yang terperi.
170315/0254 AM
ANJING DALAM KANDANG PEMIKIRAN

Mar 14, 2015
TERIMA KASIH
jujur aku paling berat untuk ucap itu.
kadang aku tak terasa.
kadang aku sengaja abaikan apa yang aku rasa.
mungkin kerna ego yang lebih tinggi dari sepatutnya.
jadi, aku cuma mau ucap terima kasih.
untuk kamu yang sentiasa ada.
untuk kamu yang sabar saja,
dengan aku punya keras kepala.
terima kasih untuk rakan rakan,
terima kasih untuk yang mencinta.
sama ada keluarga, kau, atau Dia.
mungkin aku lalai pada kesenangan yang Dia beri.
terlalu merungut pada semua yang belum ditarik pergi,
tak habis habis dengan kurang serba serbi.
aku cuma mau satu,
kurang bicara,
lebihkan berfikiran terbuka.
semoga berjaya diri sendiri.
150315/1212PM
MEJATEPITINGKAP

Subscribe to:
Posts (Atom)