disuruh terbang bila mahu,
ditarik pulang bila perlu.
apakah kami ini tidak layak memilih.
aku faham akan rasanya gundah dan gusar.
akan jadinya berbagai bahaya.
tapi bukankah guru itu datang dari pengalaman dan kesalahan?
aku cuma mahu itu.
peluang untuk bangun dan jatuh sendiri.
tanpa ada sesiapa yang menghakimi.
2355/241116
21 dan masih terkurung.
No comments:
Post a Comment