Apr 19, 2019

DENGAR

hi, agak kerap aku disini tahun ini.
mungkin banyak yang menekankan aku sehingga suara aku merintih tidak lagi didengar.
yang ada cuma jari aku berlari di papan kekunci meluahkan semuanya.

tertekan. ditekan. terbeban. ya.
pendengar kepada keluarga.
masalah, sepi, sedih ditekan,
dan cuba menjadi mendengar masalah sendiri.
maaf aku cuma tiada tempat untuk melepaskan segala dihati.


aku sentiasa mencari solusi kepada setiap masalah.
dan selalu juga aku pilih untuk berceritakan kepada teman.

tapi kau tau, kali ini aku sendiri.


kawan? tidak ramai lagi.
kekasih hati? tidak memahami.

baju biru, lembu, etc... lama sudah aku biar berlalu 

SELAMAT MENERUSKAN HIDUP SI MATA COKLAT YANG BERTARING!



                                                                                                     190419/1649
                                                                                                                       KJ


Apr 18, 2019

24

if it's meant to be, it will be...

kosong itu satu rasa yang tidak mengikat tapi melepaskan,
dan membiarkan.
tidak lagi mengejar atau mencari.
tidak memaksa cukup saja menanti.

tidak ada hidup yang sentiasa bahagia,
tiada hati yang tidak terluka.

dan kalau nanti kau kan pergi, aku pun sudah pasti. kerna tiada satu kan kekal disisi.
 yang kekal cuma aku dan sepi.


                                                                            180419/2345
                                                                                            KJ


Apr 12, 2019

MI (II)

hanya segelintir sahaja dari kawan-kawan yang pernah melihat aku termenung, kosong. 
keluarga juga tidak pernah terlihat, mungkin tidak mempedulikan ini. 
termenung itu datang sendiri, dan pergi bila ramai  disisi. kerna itu ia tidak dapat dilihati. 

dan akhirnya marah juga hilang,
sedih juga pudar.
sayang itu ada, tapi tidak menggila.

letih aku mengharapkan sayangnya lelaki, dan akhirnya aku pasrah.
dididik, dilatih, dan dibiasakan dengan berdikari, aku putuskan untuk sendiri.
belum, aku belum mau pergi.
tapi kalau setiap kalinya aku, kau layankan begini,
silap kau, punca aku angkat kaki.



                                                                                                                               130419/0102