Nov 26, 2014

RASA

aku bosan menulis tentang rasa,
itu akan buat aku hilang deria.

benar, aku masih dalam lingkungan itu,
tapi sampai bila??
sepuluh tahun lagi, kau tetap mau bercerita tentang hati,
soalan itu tak akan mati,
hinga hari kau pergi.

cuba mula dengan kaki,
dimanakan dia berlari,
apa yang dia kecapi.

atau tentang rambut,
bagaimana dia mengurai atau meribut,
dia menghias menghilang kabut.

mungkin tentang bibir,
apa yang ditutur??
adakah berzikir??

atau juga mata,
dia juga berkata,
tentang pelbagai rupa.

semua juga anggota,
masing masing punya cerita,
rambut, bibir, dan mata
itu semua Dia yang cipta,
bukan saja-saja,
untuk kau biarkan disana,

mereka juga punya rasa,
jadi dengarkanlah semua.

biarkan soal hati,kerna itu akhirnya akan buat kau terbunuh, MATI.

     
                                                                                               0943/271114



No comments: