Jan 12, 2015

SOYA

mulanya aku keras membatu,
mendiam membisu.
semua yang aku rasa,
itu aku anggap dusta.
kerna cinta itu hanya sementara.

tapi kau bayangkan bila rindu itu tinggi dari langit,
dan sayang itu kalah dalamnya bumi,
lebihnya dari dasar laut,
aku tetapkan pendam.
kerna tau, yang panggil cinta, sayang itu, TIDAK WUJUD.
mati aku diseksa pendirian sendiri.
yang biasa orang panggil ego tinggi.

dan kau bayangkan lagi,
bila semua itu aku campak pergi,
aku terus saja lari.
takut ego itu kembali,
dan terus mencari,
untuk bersama kau disisi.

tapi...
akhirnya aku sedari,
tentang kesilapan diri,
buang ego kerana hati,
satu kesilapan yang paling keji.

"I've changed my mind"


                                                      2159/120115


No comments: