Nov 12, 2012

KOSONG

jika berminat untuk menulis di SeLUT PRESS, inilah syarat-syaratnya.

-sekitar 40,000-60,000 patah perkataan.
-tema bebas (termasuklah fiksi genre seperti sai-fai, fantasi, cinta, pulpa dan sebagainya.
-gaya penulisan bukan arus perdana.

Dia, dalam kelam, berteman cahaya lilin hadiah hari lahirnya,
serta haruman FANTASIA cap SG Men kepunyaan kekasihnya,
memerhati patah-patah ayat itu.

ayat itu di-save sbg wallpaper handphonenya.
konon sbg sumber semangat.

tapi dia sendiri tidak pasti akan dirinya.
menurut ayat itu, 'jika berminat'.
tapi adakah benar Dia minat.

Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu.
dari kecil Dia disogok utk berjaya bagi mencapai sekeping kertas.

namun apabila usianya semakin meningkat, Dia bosan.
Dia mahu lakukan sesuatu.
sesuatu yang Dia suka pastinya.

jadi, bermulah kehidupan Dia.
menulis, mencipta cerita, cuba berfantasi ke alamnya.
alam yang Dia adalah segalanya.

dan Dia akan olahkan alam khayalannya utk bacaan umum di blog.
dgn harapan komen membina dapat diterimanya.


                                                                                      11:50/13.11.12

No comments: